Selasa, 4 Januari 2011

tempat baru = cabaran baru......



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera......................

Setelah sekian lama blog ini diwujudkan, nampaknya barulah kini berkesempatan nak mencoret sesuatu di sini... Rasanya dah dekat setahun or maybe lebih kot, masa tu still kat IKBN Pagoh lagi masa create blog ni, sampai sekarang nih dah tukar jabatan dah baru berkesempatan nak menulis sesuatu. Bukan dulu tu buzy sangat, tapi banyak kekangan kot masa kat IKBN nak menulis. Kekangan kerja, kekangan keluarga, mental block... macam-macam lagi lar...

So sekarang nih dah bekerja di Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan bertempat di bangunan KWSP, Johor Bahru. Opis aku kat tingkat 18 wooo.. Kalo yg x tau tempat nih, bangunan ni sebelah Wisma Persekutuan Johor Bahru. Ala.. tempat yang selalu kena banjir kilat kalau JB nih hujan lebat. Tapi setakat dah sebulan bertugas kat sini, belum penah tengok Wisma ni kene banjir. Mintak2 dah solve lar problem tu. Untuk catatan pertama ni, I would like to write about my new workplace.

Jabatan aku sekarang nih berfungsi sebagai badan yang menguruskan segala urusan berkaitan pentauliahan SKM. Aku kena buat keje kat bahagian SLDN. Abbreviation for Skim Latihan Dual Nasional. Still on learning process pasal program nih. Banyak benda yang aku tak tau lagi pasal program nih rupanya. Ingatkan sebelum nih, ia hanya pasal program belajar sambil bekerja aje, tapi program nih lebih dari tu. Yang pentingnya, suasana kerja kat sini kelihatannya agak menyeronokkan. Mungkin disebabkan opis nih kat tengah2 bandar kot. Tapi pada pendapat aku lar, suasana bekerja kat sini seronok sebab I got the boss that really humble to the ground. Aku harap andai satu hari nanti kalo ade rezeki aku jadi bos, aku mintak2 aku boleh bawak pendekatan macam bos aku sekarang nih...

Ok lar.. Cukup la setakat ini untuk catatan pertama aku kat sini. Nanti aku akan cuba untuk upload gambar dalam blog nih.

Bye... until next...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan