Ahad, 22 Mei 2011

DISKRIMINASI KAKITANGAN KERAJAAN

Assalamualaikum... 4 bulan berlalu, akhirnya dapat aku kekuatan dan kesempatan nak menulis kembali (kembali ker, nih baru post yang kedua... hik hik hik hik)..... lama dah aku nak meluahkan apa yang terbuku dihati aku nih....
Aku nih kan merupakan kakitangan kerajaan kategori pencacai ( sungguhpun bukan lar lebel pencacai pengangkat najis tapi kalo dari segi kategori mungkin supervisor yg najis lar) ... so aku memang terasa lar bahawa kakitangan kerajaan yang lebel2 bawahan nih memang terdiskriminasi... pasai apa.... banyak benda yang pihak P&P dapat keistimewaan.. kitaorg si chai-chai nih langsung xde... dah la diaorg tu gaji lagi besar... benefit utk memajukan diri pun lagi banyak.... errr.. , bkn aku x puas hati ngan Bos aku tau (bos aku skrang nih adalah yang terbaeeekkk beb...) ayat kaber coz takut SKT rendah... har har har... yang aku tak puas hati adalah sebab privillage yg diberi kepada Kumpulan Pengurusan & Proffesional (Gred 41 ke atas) tetapi tidak kepada Kumpulan Sokongan I dan II (Gred 28 ke bawah) dan juga kepada kumpulan yang lagi rendah (err ade ker?)...
Antara privilagges yg geng2 pegawai dapat tapi cai2 mcm aku x dpt?
  1. Pegawai kalo sambung belajar full time akan dapat bergaji penuh tapi kakitangan bawahan kalo smbg full time dapat separuh gaji jer.. (patutnya kakitangan bawahan nih lar yg dapat gaji penuh sbb gaji diaorg dah la kecik, kalo smbg belajar kene potong separuh camner lar diaorg nak survive so mmg xde semangat lar utk kakitangan bawahan nak sambung belajar camtu) kata nak bantu kakitangan memajukan diri, ini nmpk mcm nak memajukan pegawai atasan je.
  2. biasanya maklumat2 penting yang berkaitan dengan hal2 kerja disampaikan melalui pegawai2, pastu sepatutnya pegawai2 akan sampaikan maklumat tu kepada orang bawahan plak sbb kakitangan bawahan lar yg akan melakukan kerja2 yg pegawai xnak buat tu kan... masalahnya kenkadang tak semua maklumat tu sampai ke kakitangan bawahan, so bile cai2 nih nak buat keje dah susah sebab maklumat x lengkap. bile keje tak siap, cai2 nih la yang kene bahan. Kan sekarang nih communicatiion dah canggih, rasanya setiap jabatan kerajaan dah menyalurkan maklumat melalui emel, kenapa lar maklumat yg berkaitan dengan kerja tu tak disalurkan kepada semua person yang terlibat, kan senang.
  3. kenapa perlu ada kemudahan-kemudahan di pejabat yang harus diberi hanya kepada pegawai sahaja dan tidak kepada semua kakitangan, bukan ker kakitangan bawahan pun memerlukan kemudahan tu untuk melakukan kerja.
OK lar cukup lar setakat nih, kang aku nak tulis semua benda yang ada dalam kepala hotak aku nih kang, lama plak pendapat aku ni tersimpan jer kat draf.. tak published2 jugak.. last2 idea nak menulis pun ilang...