Rabu, 12 Oktober 2011

WHAT U GIVE U GET BACK LAR...

Sekadar gambar hiasan : Ini bukan tempat kejadian yek
Nak kongsi satu cite....

Ada sorang mamat nih, agak bulat tapi masih kacak, orgnya baik dan berbudi bahasa lar... nmpk mcm sombong tapi sebenarnya dia pemalu... Satu hari tu dia pegi berurusan ngan sebuah institusi kewangan la aka bank. Dia kuar time opis break tengah hari dengan harapan byk urusan yg dia dapat selesaikan time waktu rehat or petang tu. Tetapi oleh kerana, sebab sorang minah yang jaga kaunter bank tu, mamat tu cuma dapat selesaikan satu urusan je petang tu sampaikan dia balik rumah pun dah pukul 10 mlm sebab nak menyelesaikan urusan yg dia rasa bleh setel by evening jer. Ini kisahnyer...

Setelah menunggu hampir 45 minit untuk berurusan di kaunter bank walaupun kat piagam pelanggan bank tu kata masa menunggu cuma 10 minit kot untuk satu2 urusan, nombor giliran mamat tu pun dipanggil.
Mamat : Cik, saya nak mintak bank issuekan cek dari akaun saya, bleh tak?
Aweks kaunter : Bleh
Mamat : Tapi buku bank saya hilang lar cik?
Aweks : Kalo buku bank ilang xleh buat encik.
Mamat: Kalo saya nak buat buku bank baru sekarang nih bleh x?
Aweks: Itu incik kena buat akuan sumpah.
Mamat: Aiks, kena buat akuan sumpah ker? Kawan saya kata x payah pun, bleh buat terus jer.. Dia pun keje bank yg sama ngan cik nih..
Aweks: Kalo mcm tu incik buat ngan dia je lar...

Dengar aweks tu kata mcm tu jer, si mamat tadi nih dengan hati yg panas membara, terus kuar bank dan call kawan dia. Kawan dia kata bek dia pagi kat bank tempat kawan dia keje tu utk buat urusan tu. Dan dengan hati yang agak panas membara di tambah dengan kepanasan atmosfera sekitarnya... terpaksalah mamat tu travel hampir 60km semata2 nak settlekan urusan bank td tu. Dan kat bank member dia tu, urusan kat kaunter bank tu, lebih mantop dan buku bank pun dapat di buat walaupun urusan tu settle agak lambat tapi memandangkan dia dah x sempat nak masuk opis balik, tggu lama pun takpe lar. Dan selesai urusan kat bank tu, dia terpaksa travel 60km balik untuk selesaikan urusan kat area opis dia...

Balik je umah, mamat tu tanpa ragu2 terus jer tulis emel untuk buat aduan kat Manager bank yg dekat ngan opis dia tu. Siap foward kat HQ bank tu lagi... Dan keesokan paginya, Assistant Manager bank yg dekat ngan opis mamat tu call dia, nak tau cite sebenar... Dia siap tanya, masa kejadian tu, kat kaunter bank tu sorang je ke yg jaga.. Bkn 2 org kat kaunter, sorang lelaki dan sorang pompuan? Mamat tu kata, mmg aweks tu sorang je yg ada kat kaunter tu. Lelaki sorang lagi mmg xde, mengular kat mana2 kot.. har har har.. Last2 manager tu kata dia cuma bleh mintak maaf je lar pasal kejadian tu... Dia siap terangkan kenapa sorang jer yg ada kat kaunter masa tu... sebabnya bile dah ada aduan, manager tu kata dia kena menjawab ngan HQ lar..

Persoalannya...
1. Wajarkah mamat tadi tu buat aduan kat manager bank tu, tak pasal2 aweks tu mungkin kena marah ngan manager tu plus mamat yg mungkin sepatutnya ada kat kaunter time tu tapi dia xde pun kena tindakan?
2. Adakah mamat tu dah dikategorikan menabur pasir ke periuk nasi org?
3. Bukan ke aweks tu x sepatutnya kata "incik pegi buat dengan kawan en lar"... Dia sepatutnya pegi kompomkan balik dengan bank cawangan yg kata boleh buat buku baru tanpa akuan sumpah kan?
4. Agak2 korang, sape yang bersalah dalam hal nih? adakah mamat yang agak kacak tu atau aweks kaunter tu?